Khamis, 30 Oktober 2008

Sejarah Sekolah




SEJARAH SEKOLAH TINGGI BATU PAHAT

Sejarah Sekolah Tinggi Bàtu Pahat telah bermula pada tahun 1914. Pada waktu itu sebuah sekolah yang merupakan sekolah Inggeris pertama di negeri Johor telah didirikan dengan nama Goverment English School (GES) di kaki Bukit Bendera, yang kini menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan gelanggang tenis di Jalan Pejabat, Batu Pahat. Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan sebuah pondok papan yang berbumbungkan atap. Jumlah muridnya adalah antara 40 sehingga 50 orang sahaja. Pelajar-pelajar ini mendapat pendidikan sekolah rendah sahaja. Tenaga pengajarnya terdiri daripada En. Samarasingam, En. A. Auctland dan En. Alwee Jaafar.
Guru besar sekolah itu pula ialah En. Tom Newman. Beliau kemudiannya digantikan oleh En. J. B. Hobday dan En. L. C. Stevenson dalam tahun-tahun yang berikutnya. Sebilangan pelajar ini memulakan persekolahan mereka hanya apabila mencapai umur 14 atau 15 tahun, kerana had minimum umur untuk bersekolah pada ketika itu masih belum ditetapkan lagi.
Pada tahun 1916 sebuah bangunan sekolah sementara telah dibina di Simpang Rantai, iaitu di tempat yang kini menjadi tapak kediaman (barracks) anggota keluarga polis Batu Pahat. . Bilangan pelajar sekolah itu sudah meningkat sehingga 200 orang pada masa itu . Justeru itu, sebuah bangunan baru yang Iebih besar dan kukuh telah dibina pada tahun 1918 dengan perbelanjaan
RM60 000.00
Bangunan baru inilah yang merupakan bangunan pejabat Sekolah Tinggi Batu Pahat yang masih wujud pada hari ini. Pelajar-pelajar yang dahulunya belajar di sekolah sementara tersebut telah dipindahkan ke bangunan baru ini menjelang bulan Januari 1919. Bangunan baru dua tingkat ini mempunyal 8 buah bilik darjah iaitu 4 buah bilik di tingkat bawah dan 4 buah bilik lagi di tingkat atas.
Mulai 12hb. Mei 1965, sebuah bangunan perpustakaan dibina. Bangunan perpustakaan ini didirikan atas sumbangan dan usaha Persatuan Murid-Murid Tua (Old Boys Association) Sekolah Tinggi Batu Pahat.
Pada tahun 1968, sebuah bangsal atap telah diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah . Sebuah asrama telah dibina pada tahun 1969 yang boleh menempatkan 100 orang pelajar. Asrama inii dikenali dengan nama ASPUTERA (Asrama Putera Sekolah Tinggi Batu Pahat). Ianya memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar lelaki sahaja, khususnva pelajar tingkatan 1 hingga 5.
Tiga buah makmal baru telah siap dibina pada tahun 1973 .
Makmal ini terletak berhampiran dengan bangunan utama sekolah. Ia Iebih dikenali dengan nama Blok Dedikasi. Sebahagian daripada bangunan ini dijadikan Bilik Rehat Guru. Pada I3hb. Julai 1977 sebuah bangunan surau didirikan di asrama atas sumbangan pelbagai pihak.
Sekolah Tinggi Batu Pahat juga mendapat kemudahan sebuah Dewan Besar. Dewan itu mula digunakan secara rasminya mulai awal tahun 1983. Seterusnya dua blok bangunan baru telah dibina iaitu Blok 3 tingkat di sebelah dewan dan Blok 3 tingkat di bekas tapak rumah pekerja sekolah.
Pada tahun 2001 dua buah blok bangunan 4 tingkat telah dibina yang turut menempatkan 4 buah makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik guru, surau serta bilik mesyuarat. Dengan siapnya blok ini maka SMK Tinggi Batu Pahat telah memulakan persekolahan satu sesi pada bulan Jun , 2004. Pagar batu yang panjangnya 1500kaki siap dibina pada Januari 2004 oleh JKR berharga kira-kira RM100,000.00. Kos diambil daripada lebihan wang bangunan baru. Sebuah makmal komputer siap dibina pada Ogos , 2004.
SMK Tinggi Batu Pahat juga berusaha untuk meningkatkan kemudahan prasarana dan pembinaan lanskap untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Meja dan bangku batu disediakan sumbangan daripada bekas pelajar-pelajar STBP .
Sekolah ini juga menerima banyak sokongan dan bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa Guru mulai tahun 2001. Pada tahun 2002 sekolah ini diisytiharkan sebagai sekolah terkawal dengan kemasukan pelajar ke tingkatan satu yang memperolehi minima 2A dalam UPSR. Sekolah ini dijangka menjadi sekolah menengah Sains Harian sepenuhnya pada tahun 2006. Kejayaan paling bermakna kepada semua warga STBP ialah keputusan 100% PMR 2004 dengan seramai 59 orang calon mendapat semua A (7A atau 8A ).
Pada tahun 2005 kejayaan yang lebih besar telah dicapai dalam peperiksaan PMR dengan kelulusan 100% dan 63 calon mendapat semua A. Dalam peperiksaan SPM pula, seramai 14 orang calon mendapat semua A dengan 8 orang calon mendapat 1A dalam semua mata pelajaran.
Seramai 8 orang pelajar kelulusan SPM tersebut telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat biasiswa JPA dan Bank Negara.